BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk penampilan yang lebih lasak dan garang. Disempurnakan lagi dengan pemasangan set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, brek M Sport dan garisan eksterior aluminium tunggal.

Model ini dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar berkapasiti 3.0 liter yang mampu menjana 340 hp serta 450 Nm, digandingkan bersama Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan dan meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive.
Varian SAV premium ini turut mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.

Selain itu, dipasangkan juga aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol bersama sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan.
Penumpang dapat menikmati fabrik kulit tulen Vernasca serba mewah ini dengan keluaran tiga warna istimewa iaitu Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black.

BMW X7 xDrive40i M Sport menawarkan warna Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.
Harga jualan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) bermula dari RM728,800, atau anrusan bulanan bermula dari RM8,800 menggunakan pelan pembiayaan Easy Drive Financing Plan (berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun).
Penulis: IZRA