BMW upah komposer terkenal Hans Zimmer hasilkan runut bunyi untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemilihan muzik sebenarnya memang memainkan peranan penting dalam menjadikan pemanduan seharian kita lebih menyeronokkan. 

Tidak kira apa jua genre muzik yang anda pilih, seperti contoh Eurobeat, RnB dan Irama Malaysia (sekadar memilih beberapa contoh), ia mampu menjadi halwa telinga tatkala sistem pendengaran tidak lagi menerima irama merdu daripada enjin. 

Namun, bagaimana jika anda memandu sebuah kereta elektrik yang memang tiada bunyi mekanikal?

Usah risau kerana BMW mempunyai cara tersendiri bagi mengisi kelompongan itu, dengan cara mengupah seorang komposer terkenal, Hans Zimmer.

Hans Zimmer terkenal dengan hasil garapan beberapa naskhah terkenal di dalam filem seperti Pirates of the Carribean, Transformers serta The Dark Knight Trilogy. 
 


Dengan bantuan jurutera akustik BMW dan pereka bunyi (sound designer) Renzo Vitale, kombo ini akan menghasilkan sebuah album runut bunyi berjudul BMW IconicSounds Electric, khusus buat kereta elektrik dari BMW. 

Menerusi album BMW IconicSounds Electric ini, ia didakwa mampu mencetuskan sentuhan emosi antara pemandu dan EV-nya.

Menurut Vitale, inspirasi karyanya hadir daripada pengaruh James Turrell and Ólafur Elíasson manakala Zimmer pula mahu menjadikan hasil karyanya satu pengalaman yang membuatkan pendengar mampu  "bergerak" menyelami setiap saat runut bunyi yang didengari. 

Menurut undang-undang mandatori di Eropah mewajibkan kesemua EV menghasilkan bunyi yang mampu didengari oleh pejalan kaki bermula 1 Julai ini.

Namun, pendekatan yang diambil oleh BMW sedikit berbeza di mana mereka lebih memfokuskan kepada runut bunyi untuk dinikmati oleh para penumpang. 

Bagi mereka yang memahami, sudah tentu dapat membayangkan bagaimana setiap pemanduan akan diselangi dengan hasil karya yang unik dan tersendiri daripada Hans Zimmer seperti apa yang diterbitkan oleh BMW untuk model i mereka pada video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…