BMW tayang filem pendek 'RAMA RAMA' arahan pengarah muda Sabah

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini menayangkan 'RAMA RAMA', sebuah filem yang ditaja oleh BMW yang diarahkan oleh pemenang utama BMW Shorties 2019, Ekin Kee Charles.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


RAMA RAMA memaparkan kisah pendewasaan seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan kecil Sabah, dan ia cuba memaparkan kecantikan konvensional dari kaca mata kenaifan.

Filem ini dilihat cuba mencabar penonton untuk menilai semula standard yang mendefinisikan kecantikan dan bagaimana ia merepa ke dalam sesebuah masyarakat dan budaya.

 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BMW Shorties kerana memberikan peluang untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang berkait rapat dengan diri saya, serta menayangkannya kepada keluarga, rakan-rakan, veteran industri dan rakan-rakan media.

"Saya juga amat bersyukur kerana mendapat pasukan yang sanggup bekerja keras untuk menjadikan filem ini satu realiti, terutama ketika situasi kini yang benar-benar mencabar," jelas Ekin.

Beliau menambah, "sebagai seorang pembikin filem, saya percaya filem pendek merupakan satu medium yang sesuai untuk mendekati isu-isu di sekeliling kita, terutama perspektif yang ada kalanya dilepas pandang.

 


Tayangan 'RAMA RAMA' diadakan bersempena dengan BMW Shorties & Chill yang merupakan tayangan digital pertama oleh BMW Shorties.

Acara maya ini turut ditayangkan secara langsung di lokasi fizikal dengan menampilkan alumni BMW Shorties, perbincangan dan pelbagai aktiviti dengan prosedur operasi standard yang ketat.

BMW Shorties akan kembali pada tahun ini dengan tema CHARGE bagi menggalakkan lebih ramai bakat tempatan untuk menghadapi tahun 2021 yang kian mencabar.

Pembukaan penyertaan akan diumumkan kelak, dan peserta daripada pertandingan tahun 2020 akan dibenarkan untuk menghantar semula filem pendek mereka untuk tahun ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web https://www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook atau Instagram BMW Shorties.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mencapai edisi ke-17, BMW Shorties menampilkan para individu berpengalaman dan ternama dalam…
Berita Domestik
Setiap tahun, penganjuran pertandingan tersebut berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan…
Berita Domestik
Dengan tema RE:IMAGINE pada tahun ini, bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, pemenang edisi…