Filem pendek 'Fasa' oleh Syahmi Norsan juara pertandingan BMW Shorties 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Setelah dua tahun akibat pandemik Covid 19, pertandingan filem pendek serta konten digital dengan sejarah penganjuran paling lama di Malaysia, BMW Shorties kembali memeriahkan suasana industri kreatif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tema RE:IMAGINE pada tahun ini, bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, pemenang edisi ke-16 BMW Shorties telah diumumkan.

Filem 'Fasa' oleh Syahmi Norsan telah dipilih oleh barisan juri untuk menjadi pemenang edisi ke-16 pertandingan itu.

Syahmi Norsan selaku pengarah dan pemenang filem 'Fasa' telah membawa pulang hadiah berjumlah RM80,000 dalam bentuk geran produksi.

Pemenang tahun ini telah dipilih oleh panel juri dari industri kreatif yang dibarisi oleh Saw Teong Hin, Nadiah Hamzah, Jeany Amir, Joon Goh, dan Anwari Ashraf.

Syahmi Norsan berkata, "“Buat julung kali memikul peranan sebagai pengarah, ‘Fasa’ telah menjadi satu cabaran yang amat besar namun memuaskan dalam perjalanan saya sebagai seorang tukang cerita."

"Untuk filem ini diiktiraf di atas pentas yang begitu berprestij seperti BMW Shorties, dan dalam kalangan kontemporari lain yang tidak kurang hebatnya, ia merupakan sesuatu yang saya benar-benar syukuri."

"Setiap langkah yang telah diambil berbentuk satu tugas besar, berpaksikan matlamat untuk menggambarkan tema-tema cerita ini yang rumit menggunakan cara yang bersesuaian, namun berimpak."

"Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya atas dedikasi mereka untuk menyuntik nafas kepada cerita ini bersama saya.Terima kasih juga kepada BMW Shorties kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi visi kami ini kepada orang ramai,”

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mencapai edisi ke-17, BMW Shorties menampilkan para individu berpengalaman dan ternama dalam…
Berita Domestik
Setiap tahun, penganjuran pertandingan tersebut berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan…
Berita Domestik
Meraikan edisi tahun ke-16 dengan tema RE:IMAGINE, BMW Shorties berhasrat untuk mencabar para…