BMW Group Malaysia bekerjasama dengan MIFFest untuk BMW Shorties yang ke-17

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pertandingan filem pendek serta konten digital dengan sejarah penganjuran paling lama di Malaysia, BMW Shorties bakal kembali dengan edisi ke-17 melalui kerjasama dengan Malaysia International Film Festival (MIFFest).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap tahun, penganjuran pertandingan tersebut berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan konten digital tempatan ke aras yang lebih tinggi dengan meluaskan peluang untuk mereka menempa nama di persada antarabangsa.

Pada edisi yang ke-17, pertandingan tersebut akan kembali dengan tema baharunya iaitu EVOLVE, dimana ia dirumus untuk para pembikin filem dan bakat kreatif mencabar batasan dalam dunia penceritaan, di samping merangkap kesediaan platform BMW Shorties untuk terus berevolusi mengikut peredaran masa.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Menerusi tema 2022 kami, RE:IMAGINE, kami telah menimba inspirasi daripada bakat-bakat kreatif generasi baharu, yang berjaya menyulam aneka cerita menggunakan pengalaman unik terlahir daripada situasi pandemik."

"Ia membuktikan bahawa kreativiti berevolusi seiring dengan masa dan juga keadaan. Terdapat banyak lagi potensi yang dapat dicungkil sementara kita menginjak ke era endemik dalam industri kreatif."

"Sama seperti pendekatan Menghala Ke Hadapan yang diterapkan oleh BMW Group, BMW Shorties juga terus bersinar dengan mencabar kelaziman, bersama para bakat kreatif yang berani menjelmakan bayangan hari esok pada hari ini.”

Tahun ini juga, BMW Shorties bersama rakan pertandingan rasminya, Malaysia International Film Festival (MIFFest) akan meraikan karya perfileman tanah air di samping karya-karya antarabangsa.

Misi MIFFest adalah berlandaskan cita-cita kemanusiaan serta kemampanan hubungan yang dijalin antara bakat-bakat kreatif dalam industri seni perfileman.

Sebagai rakan automotif rasmi, BMW Group Malaysia juga akan membekalkan pengalaman serba eksklusif menerusi barisan jentera BMW i7 sebagai kenderaan pengangkutan rasmi festival tersebut.

Pengasas dan Presiden MIFFest, Joanne Goh turut berkata, “Ini merupakan sebuah berita baik untuk industri seni perfileman Malaysia. Sebagai platform antarabangsa, MIFFest mempersembahkan peluang yang besar untuk para pelapis dunia perfileman tahan air menonjolkan bakat masing-masing tanpa kekangan sempadan."

"Menerusi usaha sama ini, para pembikin filem dan konten digital yang beraspirasi mempunyai peluang untuk bukan sahaja mendapat pendedahan, tapi juga mencipta hubungan baharu dalam industri ini, membolehkan mereka meluaskan lagi sayap kerjaya kreatif mereka.”

Pemenang utama bagi pertandingan BMW Shorties 2023 bakal memperoleh sebuah geran produksi bernilai RM 80,000 untuk pembikinan filem pembiayaan BMW Shorties mereka.

Selain itu, edisi ke-17 itu juga akan mengiktiraf hasil filem melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Terbaik oleh Pelajar.

Serahan penyertaan boleh dilakukan bermula dari 1 April 2023 hingga 21 Mei 2023 jam 6:00 petang di laman sesawang MIFFest dan BMW Shorties.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…