BMW R 1250 RT 2021 kini di Malaysia - bermula dari RM142,500

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan generasi baharu motosikal touring BMW R 1250 RT 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW R 1250 RT 2021 ini dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 cc yang menghasilkan 136 kuasa kuda @ 7,750 rpm dan daya kilas 143 Nm @ 6,250 rpm yang didatangkan dengan teknologi BMW ShiftCam bagi memastikan pengedaran kuasa yang lancar untuk semua julat kelajuan.

Penampilan yang berani BMW R 1250 RT ini disumbangkan oleh komponen reraup yang dibangunkan serba baharu dengan aspek aerodinamik dioptimasikan, diikuti dengan lampu utama LED adaptif bersama fungsi swivel, lampu isyarat membelok LED dan lampu belakang LED.

 


Motosikal tourer dinamik ini juga lengkap dengan peralatan standard seperti rak barang, ruang storan, topang tengah, pannier cases, fanfare dua tona dan skrin penghadang boleh laras.

BMW R 1250 RT juga turut hadir dengan tuil brek dan klac boleh laras, serta pemegang bar hendal dengan ciri pemanas terbina.

Aspek pengendalian mendapat ciri suspensi elektronik Dynamic ESA "Next Generation" di mana unit suspensi belakang dilengkapi dengan ciri pra-muatan boleh laras, serta penstabil stereng, sementara unit suspensi hadapan pula telah ditambah baik bagi menawarkan keselesaan tunggangan.

 


BMW Motorrad Paralever menggandingkan rekaan yang sporti dengan binaan ringan yang konsisten bagi menawrakan karakteristik respon yang sensitif untuk suspensi belakang, serta jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.

Beberapa ciri elektronik turut dimuatkan seperti Dynamic Traction Control (DTC), pakej Riding Modes Pro, kawalan brek enjin (MSR), BMW Motorrad Full Integral ABS Pro, Hill Start Control, serta Active Cruise Control yang dibantu dengan teknologi penderia radar untuk kawalan jarak.

Sistem infotainmen BMW R 1250 RT ini hadir dengan kluster instrumen TFT bersaiz 10.25 inci berwarna penuh yang lengkap dengan Connectivity, multi-controller,fungsi Bluetooth dan peta navigasi, serta boleh dihubungkan menerusi BMW Motorrad Connected App.

Untuk hiburan, BMW R 1250 RT juga dilengkapi dengan Audio System 2.0 / Radio Software, serta fungsi-fungsi bunyi lain yang boleh didapati menerusi BMW Motorrad Communication System.

 


Didatangkan dalam penggayaan Style Sport dan Style Elegance, motosikal touring dinamik ini dilengkapi dengan pakej Comfort dan Dynamic sebagai standard, merangkumi kelengkapan seperti Gear Shift Assistant Pro, Keyless Ride, sistem kekunci pusat, tempat duduk dengan pemanas terbina, sistem pelumpuh, kawalan tekanan tayar, soket 12V dan keupayaan pengecasan tanpa wayar.

BMW R 1250 RT boleh didapati di semua pusat pengedar BMW Motorrad yang sah bermula 1 April 2021 dengan harga jualan bermula dari RM142,500, atau bulanan serendah RM1,738 menggunakan pelan pembiayaan daripada BMW Financial Services Malaysia untuk tempoh empat tahun dan pinjaman 80 peratus.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis penyerahan yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT)…
Berita Global
BMW Motorrad misalnya, berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 194,261 unit sepanjang tempoh 2021…
Berita Global
Motosikal sport-tourer itu menggunakan nadi 1,200 cc yang merupakan versi dipertingkat daripada…