2021 tahun terbaik buat BMW Motorrad, 1250 GS model paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun kebanyakan pengeluar bergelut dengan cabaran sepanjang tahun 2021, ia bukanlah penghalang bagi sesetengah daripada mereka untuk mencapai rekod jualan terbaik.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

BMW Motorrad misalnya, berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 194,261 unit sepanjang tempoh 2021, atau peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Malah, tahun 2021 disifatkan sebagai tahun terbaik buat BMW Motorrad, selepas tahun 2019 di mana syarikat itu berjaya menjual 175,162 unit di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, BMW 1250 GS kekal sebagai model yang paling laris terjual, iaitu sekitar 60,000 unit, sementara model R 1250 RT S 1000 R serta R 18 turut menerima sambutan yang baik.

Sumber: BMW Group

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…
Model Terbaharu
Hadir dengan kelebihan masing-masing, F900GS menjadi varian utama dan dikhaskan untuk penunggang…
Gaya Hidup
Ianya memaparkan maklumat pada kanta kanannya seperti navigasi, kelajuan, gear atau data penting…