BMW patut beli Jaguar Land Rover - penganalisa

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa penganalisa industri automotif dunia berpendapat Tata Motors perlu menelan perasaan egonya dan BMW patut membeli Jaguar Land Rover (JLR).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Max Warburton, seorang penganalisa industri, BMW sudah mencapai pendapatan yang berlebihan dan ia sendiri sudah hampir mencapat penamat kepada perkembangan produk dan jenama-jenama sediada.

"JLR pula dalam keadaan sebaliknya," terang Warburton.

Tata Motor, pemilik JLR mengalami kerugian akibat penjualan yang menurun di China dan isu Brexit semakin merumitkan operasi syarikat kenderaan British itu.

"Pembelian JLR dengan harga £9 billion (US$11.2 billion) akan meningkatkan pendapatan BMW kepada 20 peratus. Ia juga akan meningkatkan jumlah penjualan BMW," terang Sanford C. Bernstein, seorang lagi penganalisa automotif global.

Baru-baru ini BMW telah mengumumkan ia enggan berkongsi ekuti syarikat dengan Tata Motors. 

JLR dibeli oleh Tata Motors dari Ford dalam tahun 2008 dengan nilai US$2.3 billion. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…