BMW panggil kembali 26,700 unit PHEV atas risiko kebakaran bateri, Malaysia tidak terlibat

oleh Mohamad Hanif|
BMW kini memanggil semula kira-kira 26,700 unit kenderaan plug-in hybrid (PHEV) di seluruh dunia berikutan potensi litar pintas yang mampu menyebabkan kebakaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah ini dikatakan berpunca daripada keterdapatan bahan cemar asing yang mungkin telah dimeterai ke dalam unit bateri, sekaligus mendatangkan potensi litar pintas.

Untuk model plug-in hybrid, BMW mendapat sumber pek bateri daripada pihak ketiga, Northvolt.

Kempen recall terbaharu ini melibatkan model-model seperti X1, X2, X3, X5, sedan 3-Series, 5-Series dan 7-Series, 2 Series Active Tourer, BMW i8 dan MINI Countryman.

Menurut jurucakap BMW, apabila bateri sudah penuh dicaj, ia akan mengakibatkan litar pintas di dalam bateri yang menyebabkan kebakaran, disebabkan kehadiran bendasing yang masuk ke dalam unit bateri ketika proses produksi.

 


Sementara itu, rakan media kami, Paultan telah pun mendapat maklum balas daripada BMW Group Malaysia berhubung isu ini, dan menjelaskan unit plug-in hybrid yang dipasang di dalam negara tidak terjejas dengan kempen panggil semula ini.

Menurut wakil syarikat BMW Group Malaysia berkata, bateri yang terdapat pada model PHEV CKD ini dihasilkan dalam kumpulan yang berbeza, dan tidak terkesan daripada sebarang risiko kebakaran.

Sumber: Auto Express UK, Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…