BMW Neue Klasse bakal guna format nama baharu

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan pendaftaran tanda dagang yang wujud di pejabat Eropah, ia mencadangkan BMW sedang merancang untuk melakukan penstrukturan semula format nama yang digunakan masa kini untuk model-model kenderaan elektrik dan enjin masa depan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Bermula dari kenderaan yang wujud dari platform Neue Klasse, BMW akan menggunakan awalan 'i' untuk merujuk kepada kenderaan elektrik, tidak seperti pendekatan yang digunakan masa kini (BMW 330i, BMW 530e, sekadar menyebut beberapa contoh).

Ini bermakna, SUV BMW X3 bakal dikenali dengan nama X320 dan X330, sementara varian elektrik pula akan dinamakan sebagai iX330, iX340 dan iX350.
 

X3


Sama juga halnya dengan model sedan 3 Series, di mana model akan datang akan dikenali dengan nama 330 dan 340, diikuti dengan varian elektrik i330 dan i340.

Sistem ini dilihat sebagai satu pendekatan yang lebih ringkas, berbanding apa yang digunakan oleh BMW pada masa kini, seperti BMW X3 xDrive30i dan X3 xDrive30e yang mampu membuatkan mulut kami tergeliat menyebutnya.

Kenderaan yang lahir daripada platform Neue Klasse dijangka tiba pada tahun 2025.

Sumber: Car Magazine

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu…
Berita Global
  Jika rupa M2 tidak memuaskan hati, kit M Performance dengan spoiler tinggi, sirip tepi dan…
Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…