BMW Malaysia cemerlang tahun 2019 - 11,567 unit kenderaan berjaya menemui pemilik baru

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah membentangkan prestasi penjualan kenderaan bagi tahun 2019, di mana sebanyak 11,567 unit kenderaan telah berjaya diserahkan kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini disumbangkan oleh pengenalan 32 buah model baharu dari jenama BMW dan Mini, di mana empat unit daripadanya merupakan kenderaan elektrik dan hibrid. 

Daripada jumlah itu, 3,148 unit daripadanya merupakan kenderaan hibrid elektrik BMW dan MINI, menyumbang kepada kira-kira 17,000 unit sejak tahun 2015. 
 


Tahun 2019 juga merupakan tahun ketiga berturut-turut di mana BMW Group Malaysia berusaha untuk memperluaskan lagi jaringan infrastruktur elektromobiliti di dalam negara. 

Dalam tempoh tiga tahun, terdapat lebih daripada 30 buah fasiliti pengecasan BMW i di seluruh negara. 

Pecahan daripada angka keseluruhan, jenama BMW itu sendiri menyaksikan kira-kira 9,300 orang pemilik baharu, terdiri daripada 2,514 unit BMW 3 Series, dan lebih 2,000 orang pemilik BMW 5 Series. 

Prestasi jualan SUV BMW X juga turut mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan 3,985 unit, di mana BMW X3 merupakan unit paling laris terjula diikuti oleh BMW X1 dan BMW X5. 
 


Sementara itu, jenama MINI telah menjual kira-kira 1,142 unit kenderaan diterajui oleh MINI Countryman, manakala BMW Motorrad turut menjual sebanyak 1,125 unit motosikal baharu. 

Di peringkat global,BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan secara berturut-turut setakat tahun 2019, dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit. 

Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu, dengan penyerahan berjumlah 2,168,516 unit di seluruh dunia. 

Di persada antarabangsa, jenama MINI turut berjaya menyerahkan 346,639 unit kenderaan pada tahun lalu, sementara BMW Motorrad mencatat 175,162 unit motosikal yang diserahkan kepada pemilik baharu.
 


Tahun 2020 bakal menyaksikan usaha yang berterusan daripada BMW Group Malaysia untuk menerajui Mobiliti Bervisi ke hadapan; dengan komitmen yang jelas dan berterusan untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia. 

Pengeluar kenderaan premium berkenaan juga akan membawa Malaysia ke aras kecemerlangan kesukanan yang baharu menerusi “Story of Thrilling Sportiness” untuk mencabar status quo dalam semua arena, manakala “Story of Independent Style” akan menjadi pendorong utama bagi jiwa keindividualan jenama BMW, mendefinisikan semula aspek kemewahan dengan estetika yang mencetus inspirasi dan inovasi perintis yang dapat memahat tanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.

 


Dengan tawaran pelbagai jenis pelan pembiayaan yang fleksibel, BMW Group Financial Services Malaysia juga berjaya membentuk sebuah portfolio perniagaan yang utuh, separuh daripada kenderaan BMW dan MINI yang diserahkan pada tahun lepas telah dibiayai dengan perkhidmatan berkenaan.

BMW Group Financial Services juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan Easy Drive untuk memudahkan mobiliti serta menjadikannya lebih fleksibel dan mampu milik untuk semua. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…