BMW i5 eDrive40 rasmi di Malaysia - 340 HP, 430 Nm, 582 km jarak gerak, dari RM419,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah debut secara global pada bulan Mei lepas, satu lagi sedan mewah elektrik penuh dari BMW, BMW i5 eDrive40 tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia bersempena dengan acara pameran Premium Auto Care Expo (PACE) 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi terbaharu yang menampilkan reka bentuk lebih berani berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi dimensi, BMW i5 eDrive40 menampilkan ukuran 5,060 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,515mm tinggi dan jarak roda berukuran 2,995mm.

 

2

 

Pada bahagian depan, ia hadir dengan rekaan lampu hadapan dengan jalur LED lampu nyalaan siang (DRL) vertikal, bersama jeriji rekaan “Sharknose” yang menampilkan BMW Iconic Glow.

Pada bahagian belakang pula, BMW tampil berani dengan rekaan LED langsing dengan rekaan serba baharu, sekaligus memberikan konsep yang lebih unik.

Bagi menampilkan rupa yang lebih sporti, i5 eDrive40 turut hadir dengan pakej M Sport, merangkumi tambahan komponen yang lebih aerodinamik pada bahagian depan, belakang dan skirt sisi.

 

3

 

Melengkapkan lagi rupa sporti, ia turut dilengkapi set roda 954 aerodinamik BMW Individual bersaiz 21 inci dengan warna Bicolour Jet Black.

Ia turut hadir dengan naik taraf suspensi menerusi tambahan Adaptive Suspension Pro, menampilkan penyerap hentak yang dikawal secara elektronik, lengkap dengan tetapan Sports dan Comfort.

Dari segi spesifikasi, i5 eDrive40 menampilkan motor elektrik tunggal di roda belakang (RWD) dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 83.9 kWj, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 308 HP dan 400 Nm.

 

4

 

Bagi meningkatkan sedikit kuasa, ia turut dilengkapi fungsi My Mode Sport dan Sport Boost atau Launch Control yang mampu meningkatkan kuasa sehingga 340 HP dan 430 Nm.

Semua itu membolehkan i5 eDrive40 untuk memecut dari 0 hingga 60 kmj dalam masa 6 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi 193 kmj.

Menariknya, bagi menggantikan pengalaman memandu tanpa deruman enjin, i5 eDrive40 dilengkapi dengan sistem Iconic Sound Electric yang boleh diubah mengikut tetapan My Mode, di mana ianya telah mendapat sentuhan Hans Zimmer.

 

5

 

Dari segi keupayaan pengecasan, i5 eDrive40 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 205 kW yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam masa 34 minit sahaja.

Ia turut menyokong pengecasan AC 11 kW melalui Wallbox Charger, yang membolehkan bateri dicas sehingga 100 peratus dalam masa 8 jam 15 minit.

Seperti semua model-model terbaharunya, i5 eDrive40 turut hadir dengan BMW Operating System 8.5 di bahagian dalam, di mana ianya merangkumi ciri BMW Intelligent Personal Assistant, BMW Maps dan Digital Key Plus dengan teknologi radio Ultra Wideband (UWB).

 

6

 

Bahagian dalaman turut dilengkapi BMW Curved Display, merangkumi panel instrumen bersaiz 12.3 inci dan skrin infotainment bersaiz 14.9 inci.

Antara tambahan lain termasuklah sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins, bersama 18 pembesar suara dan output amplifier berjumlah 655 watt untuk meningkatkan pengalaman akustik semasa memandu.

Diperkenalkan pertama kali untuk model 5 Series, ia kini terbina bersama Proactive Care, yang merupakan sistem perkhidmatan pelanggan serba baharu, merangkumi:

  • Servis Berasaskan Kondisi (CBS)
  • Bantuan Kemalangan (A-Call)
  • Diagnosis Secara Langsung
  • Diagnosis Tayar Digital

 

7

 

Dari segi keselamatan pula, ia juga dilengkapi dengan Driving Assistant Professional, menampilkan pelbagai ciri bantuan yang didatangkan secara standard seperti:

  • Kawalan Jarak dengan fungsi Henti dan Mula
  • Bantuan Stering dan Kawalan Laluan
  • Panduan navigasi aktif
  • Bantuan Had Kelajuan
  • Perlindungan Perlanggaran Sisi
  • Amaran Keutamaan Jalan dan Amaran Laluan Salah
  • Amaran Rentasan Trafik

Bagi pilihan warna, i5 eDrive40 hadir dengan pilihan Leather Merino Black yang unik dan Leather Merino Copper Brown di bahagian dalaman.

Manakala bahagian luar pula ditawarkan dengan pilihan Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic dan Phytonic Blue Metallic.

 

8

 

Untuk pasaran Malaysia, BMW i5 eDrive40 ditawarkan pada harga bermula dari RM419,800 bersama Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk atas jalan tanpa insurans.

Ia turut hadir bersama pakej Pengalaman Pemilikan Premium yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

BMW Group Financial Services juga menawarkan pelan pembiayaan 'Easy Dive', di mana i5 eDrive40 boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,855.00.

 

10

 

Menariknya, para pelanggan juga boleh menikmati Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM10,000 dengan membuat pendaftaran bagi pembiayaan tersebut, menjadikan bayaran bulanan bermula daripada RM 4,677.00.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai atas talian BMW di laman web rasmi BMW Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Kemas kini harga itu susulan dari pengenalan dua varian BMW 7 Series PHEV 2023, 750e xDrive M Sport…