BMW mahu beri insentif untuk kurangkan 5,000 pekerja

oleh Mohamad Hanif|
BMW AG sedang berunding dengan kesatuan pekerja untuk pemberian insentif bagi menggalakkan para pekerja syarikat Jerman tersebut untuk berhenti bekerja.
Modenas

Ini bagi membolehkan BMW mencapai sasaran pengurangan sehingga kira-kira 5,000 orang pekerja.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan BMW Nicolas Peter berkata, dengan langkah sedia ada termasuklah melaksanakan cuti tanpa gaji dan mengurangkan waktu bekerja, mereka masih lagi gagal untuk mengurangkan bilangan pekerja sedia ada.

Malah, syarikat Jerman tersebut mungkin akan menambah pakej persaraan awal jika dilihat bersesuaian.

Kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan kebanyakan pengeluar kini sukar untuk menjual kenderaan seperti biasa, ditambah pula dengan permintaan yang semakin berkurangan menyebabkan langkah penjimatan kos terpaksa dilakukan.

BMW menutup hampir kesemua kilang pemasangannya pada bulan April sebelum memulakan kembali operasi awal bulan ini.

Kadar penjualan kenderaan untuk suku kedua dijangka lebih buruk berbanding tiga bulan pertama tahun ini, dimana BMW mengalami penurunan 6.4 peratus untuk suku pertama.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 boleh terus digunakan di jalan raya…
Berita Domestik
Di bawah ialah apa yang Careta faham berdasarkan laporan Bernama mengenai isu tersebut. Insentif…
Berita Domestik
Pengecualian penuh diberikan kepada kenderaan baharu CKD sementara pengecualian 50 peratus untuk…