Perancis mahu sekat subsidi beberapa jenama EV Asia

oleh HEZERI SAMSURI|
Perancis mahu melaksanakan undang-undang yang mungkin akan melihat beberapa jenama EV dari Asia terkecuali dari menerima subsidi pembelian.

Insentif sekarang ialah subsidi "bonus hijau" bernilai antara €5,000 hingga €7,000 diberikan untuk membeli sebuah EV.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika pembuatan komponen, pemasangan kenderaan dan cara kenderaan itu dihantar ke pusat pameran.

Kenderaan-kenderaan EV buatan Perancis dijangka akan menerima subsidi tertinggi kerana jarak penghantaran yang lebih dekat dan juga kilang-kilang di sana yang ada menggunakan tenaga nuklear atau tenaga boleh perbaharui.

Kebanyakan EV dari Asia bagaimanapun akan mempunyai masalah akibat kekurangan dari dua segi tersebut.

Namun begitu, Menteri Peralihan Tenaga Perancis, Agnes-Pannier-Runacher telah memberikan gambaran bahawa beberapa EV yang dibina di China akan dikecualikan terus dari pemberian subsidi tersebut.

Contoh yang diberikan ialah Dacia Spring EV (milik Renault tetapi dipasang di China) dan model-model dari MG.

Agensi berita Asia Nikkei melaporkan bahawa Itali juga bakal membuat keputusan yang sama untuk insentif EV mereka yang bernilai €3,000.

Oktober lalu, Kesatuan Eropah telah melancarkan penyisatan anti-subsidi yang mahu menyiasat samada kerajaan China ada memberikan subsidi untuk memastikan harga EV dari negara itu menjadi terlalu rendah.

Isu EV dari China yang dikatakan terlalu murah menjadi masalah kepada pesaing-pesaing dari Eropah yang tidak mampu untuk menandingi harga rendah tersebut.

Ini bercanggah dengan aturan WTO (Organisasi Perdagangan Dunia) yang melarang sebarang bentuk halangan untuk jenama-jenama luar dari masuk ke pasaran tempatan.

Namun begitu, negara-negara seperti Perancis dan Itali boleh dikatakan mahu menjaga syarikat-syarikat tempatan mereka kerana jika ditutup, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada negara mereka.

Di bawah ialah laporan dari Asia Nikkei.

https://asia.nikkei.com/Business/Automobiles/France-moves-to-curb-subsidies-for-Asian-made-EVs


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan…
Berita Domestik
"Malaysia adalah lokasi yang sangat menarik, kita adalah pengeksport produk semikonduktor keenam…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…