60 peratus kereta baharu terjual di Hong Kong adalah EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Pada penghujung Disember 2023, sebanyak 76,395 unit kenderaan elektrik (EV) sudah didaftarkan di Hong Kong.

Jumlah itu mungkin sedikit, lebih kurang 8.3 peratus dari jumlah keseluruhan semua kenderaan di negara itu.

Namun begitu bila dicongak faktor di mana lebih 60 peratus dari 32,004 unit kenderaan baharu yang terjual dalam sembilan bulan pertama 2023 ialah dari genre EV, kita tahu Hong Kong mempunyai kepadatan EV yang sangat tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan pelbagai insentif.

Ini diperlukan agar Hong Kong mencapai sasarannya untuk cuma menjual EV sahaja menjelang 2035, tetapi pakar-pakar industri percaya objektif itu boleh dicapai lima tahun lebih awal.

Hampir satu perlima dari penghasilan gas rumah hijau di Hong Kong ialah dari kenderaan, dan kerana itu mereka benar-benar mempromosikan kenderaan bebas asap.

 

 

Di bawah ialah antara insentif yang ditawarkan kepada mereka yang mahu membeli EV di Hong Kong.

1. Potongan harga sebanyak RM59,400 untuk setiap pendaftaran EV bagi pembelian kali pertama.

2. Pemilik yang mahu menghapuskan (scrap) kenderaan petrol/diesel mereka untuk membeli EV akan menerima potongan cukai setinggi RM175,200.

3. Pemasangan pengecaj Ev boleh menerima subsidi sehingga RM18,300.

4. Pelbagai potongan cukai untuk syarikat yang mahu menggunakan EV bagi penggunaan perniagaan mereka.

Dua insentif pertama di atas akan tamat pada 31 Mac tahun ini dan kerajaan Hong Kong tidak memberikan sebarang tanda-tanda samada ia akan diteruskan tidak.

Kerajaan Hong Kong bagaimanapun mempertingkatkan lagi usaha prasarana untuk menampung peningkatan penggunaan EV dengan bertekad untuk menambah lagi ruang parkir dengan pengecaj menggunakan skim insentif bernilai HK$2 billion pada tahun 2020, yang kemudian ditambah lagi sebanyak HK$1.5 billion.

 

 

 

Hong Kong juga sedang melihat pada penyelesaian untuk proses kitar semula bateri-bateri EV yang terpakai, yang akan mencapai jumlah sebanyak 6,000 tan menjelang 2026.

Mereka juga sedang melihat cara untuk menyimpan stok-stok bateri tersebut, kerana bateri EV yang mahi disimpan perlukan ruang yang sejuk.

Pendapatan purata di Hong Kong ialah RM22,300 sebulan dan harga EV, seperti BYD Dolphin SR ialah RM143,800.

Pendapatan purata Malaysia pula ialah RM6,300 sebulan dan harga Dolphin ialah RM100,530.

Oh jangan lupa, harga 12 biji telur ayam di Hong Kong pula ialah RM22 dan harga petrol di sana ialah lebih kurang RM14 seliter.

Perbandingan harga sebenarnya sukar dibuat kerana kos kehidupan yang cukup berbeza tetapi secara dasarnya, insentif yang diberikan itu masih boleh dikaji kadar keberkesanannya. 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…