BMW jemput anda untuk rasai keseronokkan pemanduan elektrik

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW Group Malaysia kini menjemput orang ramai ke ruang Concourse pusat membeli-belah Bangsar Village II untuk merasai sendiri BMW EfficientDynamics dan mobiliti masa depan (Mobility of the Future).

 

Acara ini bermula hari ini, Jumaat hingga Ahad (16-18 Jun 2017) bermula jam 10am hingga 10pm.

 

Acara yang mengujakan itu bakal mempamerkan beberapa buah kenderaan termaju BMW iPerformance merangkumi BMW 330e, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le dan BMW i8 yang futuristik.

BMW i8

 

Selain mempamerkan kenderaan masa depan daripada BMW Group, acara ini turut mengetengahkan teknologi BMW eDrive yang inovatif.

 

BMW eDrive ialah teknologi sistem pacuan baharu yang digunakan dalam semua kenderaan elektrik BMW i dan model-model plug-in hybrid daripada BMW. BMW akan menunjukkan bagaimana BMW eDrive mampu menawarkan kecekapan luar biasa dan praktikaliti untuk kegunaan setiap hari.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han San Yung berkata, “Pengalaman sentiasa menjadi satu faktor penting dalam mengimplementasikan konsep automotif yang inovatif. Inilah yang BMW Group Malaysia ingin bawakan kepada orang ramai menerusi siri jelajah ini”.

 

Selain itu, orang ramai juga dijemput hadir untuk berbuka puasa bersama Ingress Auto Damansara, Sungai Penchala dan Ingress Auto Puchong, Bandar Puteri pada Sabtu, 17 Jun 2017 mulai jam 8pm hingga tengah malam.

 

Ingress Auto bakal menawarkan promosi khas seperti program pembiayaan serendah 1.88% akan ditawarkan ke atas model-model terpilih.

 

Bukan itu sahaja, Ingress Auto bakal memberi baucar-baucar percuma sehingga RM10,000 dengan pembelian model-model terpilih. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2017.

 

Bagi pemilik kenderaan BMW, perkhidmatan pemeriksaan 20 poin secara percuma disediakan pada sebelah petang sebagai persediaan sebelum balik kampung. Walaubagaimanapun, pelanggan perlu menempah slot temu janji terlebih dahulu. Diskaun sebanyak 20% ke atas kos buruh untuk pembaikan badan dan cat, serta penukaran minyak enjin akan turut diberikan. Servis penjajaran dan seimbangan tayar pula akan dilakukan secara percuma dengan pembelian empat unit tayar baharu. Tawaran daripada Ingress Auto ini sah sehingga 31 Julai 2017.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…