BMW iX3 2022 kini di Malaysia - jarak operasi 461 km, dua varian, harga dari RM317,360

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran sebuah lagi model crossover berkuasa elektrik, BMW iX3 2022 untuk pasaran Malaysia dengan dua varian utama, iaitu Inspiring dan Impressive.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, BMW iX3 hadir dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang, dengan output setinggi 282 hp dan daya kilas 400 Nm.

Pek bateri berkapasiti 80 kWh itu membenarkan jarak operasi sejauh 461 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan pantas DC 150 kW yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam masa 32 minit.
 

iX3


Pengecasan AC 11 kW juga turut disokong menerusi sambungan Type 2 di mana pengecasan penuh 100 peratus boleh diselesaikan dalam tempoh tujuh jam setengah.

Ciri standard yang dimuatkan pada BMW iX3 adalah seperti lampu utama LED adaptif, ciri bantuan suluhan tinggi, rim aerodinamik bersaiz 19 inci (842 Bicolour), bampar depan dan belakang M Sport, pakej M Aerodynamics.

Sementara ruang kabin pula mendapat sistem kawalan iklim tiga zon automatik, tempat duduk Sports dengan larasan berkuasa elektrik dan fungsi memori, balutan kulit Vernasca, kemasan trim Aluminium dan Pearl Chrome, kemasan Sensatec pada panel instrumen, roda stereng kulit M, headliner anthacite M, dan tidak ketinggalan sistem BMW Live Cockpit Professional diikuti sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.
 

iX3


Sementara BMW iX3 M Sport Impressive pula mendapat tambahan seperti BMW Laserlight, rim aerodinamik M bersaiz 20 inci (890 M Bicolour), paparan head-up, sistem audio Harman Kardon 464 W dengan 16 pembesar suara, BMW Gesture Control serta BMW IconicSounds Electric.

Kelengkapan keselamatan termasuklah Driving Assistant Professional, Active Cruise Control, Parking Assistant Plus, Surround View Camera, Dynamic Stability Control (ABS, BA, Dynamic Traction Control, Cornering Brake Control), serta perlindungan akustik terhadap pejalan kaki.

Harga jualan adalah seperti berikut:
 

harga


Kedua-dua varian didatangkan dengan jaminan inklusif servis dan pembaikan BMW: waranti lanjutan 5 tahun dan pakej servis 6 tahun, Power Package yang ditawarkan bersama BMW i Wallbox dan kabel pengecas standard BMW.

BMW iX3 2022 juga turut didatangkan dengan jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
M Sport Package tersebut merangkumi kelengkapan seperti M Aerodynamics, M Roof rails dalam warna…
Berita Domestik
Sebagai makluman, BMW iX3 telah pun dilancarkan pada minggu lalu dengan harga jualan BMW iX3 M…
Model Terbaharu
Bukan satu, bukan dua, akan tetapi tiga model EV yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia,…