BMW iX 2021 dilancarkan - varian xDrive40 & xDrive40 Sport, harga dari RM420k

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia nampaknya begitu serius dalam memperkenalkan barisan model elektrik penuh mereka tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bukan satu, bukan dua, akan tetapi tiga model EV yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, iaitu BMW iX, BMW iX3 dan sedan elektrik BMW i4.

 

BMW iX 2021


Menerusi hantaran di Facebook beberapa bulan yang lalu, BMW Malaysia telah memberikan bayangan kehadiran model SUV elektrik ini untuk pasaran tempatan, dan ia diperkuatkan lagi dengan munculnya laman khas BMW iX di laman web BMW Malaysia.

Terdapat tiga varian yang dibawakan iaitu BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, serta BMW iX xDrive50 Sport.
 

IX


Versi xDrive40 datang dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa 322 hp dan 630 Nm serta pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.1 saat, sementara versi xDrive50 pula menggunakan tetapan yang serupa, namun dengan angka output yang lebih tinggi (516 hp/765 Nm), serta pecutan 0-100 km/j dalam 4.6 saat sahaja.

Ciri utama yang dibawakan pada model iX adalah jarak operasi yang impresif sehingga 630 km (data WLTP), lampu LED, Driving Assistant dan Parking Assistant, serta BMW IconicSounds Electric yang dihasilkan oleh komposer terkenal Hans Zimmer.
 

iX


Antara kelengkapan yang hadir pada BMW iX xDrive40 adalah seperti rim aerodinamik bersaiz 21 inci, lampu LED dengan bantuan suluhan tinggi, sistem pendingin hawa empat zon automatik, BMW Connected Package Professional, BMW Live Cockpit Professional dengan skrin melengkung bersaiz 12.3 inci dan 14.9 inci, serta slot pengecasan nirwayar.

Pakej Sport yang bernilai RM53,000 pula menambah kelengkapan ekstra seperti rim aerodinamik bersaiz 22 inci, BMW Laserlight, bumbung panorama Sky Lounge, sistem audio Harman Kardon (18 pembesar suara), sistem pemantauan tekanan tayar, serta kemasan headliner dan tiang daripada anthracite.
 

iX


Harga anggaran jualan BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport adalah seperti berikut:
 

Model

Recommended Retail Price Pricing

Recommended Retail Pricing with Extended Warranty & Service Package

The First-Ever BMW iX xDrive40

RM 419,630.00

RM 435,800.00**

The First-Ever BMW iX xDrive40* with Power Package*

RM 424,230.00

 RM 440,400.00**

 

The First-Ever BMW iX xDrive40 Sport

RM 472,630.00

RM 488,800.00**

The First-Ever BMW iX xDrive40 Sport with Power Package*

RM 477,230.00

 RM 493,400.00**

*terdiri daripada BMW i Wallbox dan BMW i Public Charging Cable

**jaminan lanjutan BMW 5-Year Extended Warranty dan pakej Servis enam tahun bernilai RM 16,170.00.

Khusus untuk model iX xDrive50 Sport yang bakal dilancarkan kelak adalah kehadiran ciri Integral Active Steering dan suspensi udara adaptif.

Baca: BMW iX 2021

 

BMW iX3


'Kembar' kepada BMW X3, iaitu BMW iX3 baharu sahaja dilancarkan di negara jiran bulan lalu, dan kini ia muncul sebagai salah satu penawaran terbaharu BMW Malaysia.

Dari segi kuasa, BMW iX3 didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang, dengan kuasa sekitar 282 hp dan 400 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j sahaja.

Pek bateri berkapasiti 80 kWh yang dipasang pada lantai SUV ini mampu memberikan jarak operasi sejauh 459 km (data WLTP), dan menyokong pengecasan pantas DC 150 kW, dengan masa pengecasan sekitar 34 minit dari 0-80 peratus SoC.

Baca: BMW iX3 2021

 

BMW i4


Model gran coupe empat pintu yang sporti ini merupakan penawaran sedan elektrik pertama daripada BMW Malaysia, yang memfokuskan kepada pemanduan elektrik yang lebih dinamik.

Hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu eDrive40, di mana sedan ini hadir dengan konfigurasi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang menghasilkan output 335 hp dan 416 Nm, serta sistem transmisi kelajuan tunggal yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat.

Dengan pek bateri berkapasiti 81.5 kWh, BMW i4 eDrive40 ini mampu bergerak sejauh 590 km untuk sekali cas.

Baca: BMW i4 eDrive40 2022
 

iX


BMW Malaysia telah membuka pendaftaran minat bagi generasi baharu armada BMW i menerusi BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran sebanyak RM5,000, dimana 50 pelanggan pertama akan mendapat pakej pemasangan kemudahan pengecasan secara percuma dan akses kepada pengecasan awam selama satu tahun secara percuma (sehingga 22 September ini).

Pemilik BMW i juga bakal menikmati jaminan bateri sehingga tempoh lapan tahun, atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu.

Selain daripada itu, pendaftaran minat terhadap model BMW iX xDrive50, BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 juga boleh dibuat dengan melayari pautan yang disediakan:

BMW iX xDrive50

BMW iX3

BMW i4 eDrive40

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pemilik BMW iX baharu ke arah perjalanan mampan dengan…
Berita Domestik
Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-…
Pelancaran
Memasuki tahun baharu 2023, BMW kini melancarkan sebuah lagi varian iX, iaitu BMW iX xDrive50 Sport…