30 unit pertama BMW iX3 2022 hampir habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa beberapa hari sahaja, BMW Malaysia menerusi satu sesi bersama media tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka telah pun menerima hampir 30 unit tempahan bagi SUV elektrik BMW iX3.

Sebagai makluman, BMW iX3 telah pun dilancarkan pada minggu lalu dengan harga jualan BMW iX3 M Sport bermula dari RM317,360 untuk varian M Sport Inspiring, sehingga RM336,360 untuk varian M Sport Impressive.

Sama seperti penawaran jaminan bateri untuk negara seperti Eropah dan Thailand, BMW Group Malaysia turut menawarkan jaminan sehingga lapan tahun atau jarak perbatuan sehingga 160,000 km, berdasarkan jangkaan penggunaan normal di mana ia mampu memberikan lebih keyakinan kepada para pelanggan mereka.  

BMW iX3 diproduksikan di kilang pemasangan di China, di mana ia dibekalkan dengan pek bateri 80 kWh yang membolehkan pemanduan sejauh 461 km, sementara motor elektrik tunggal pula berkuasa 282 hp dan 400 Nm yang memacu roda belakang sahaja.

Baca: BMW iX3 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara tarikan utama model itu ialah penggunaan sensor LiDAR di bahagian bumbung, sekali gus…
Berita Global
Model kompak elektrik itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Ogos, selepas…
Berita Global
Kehadiran model baharu itu dilihat sebagai langkah penting Volkswagen untuk meningkatkan penguasaan…