BMW iX M60 mendarat di pasaran Malaysia - 619 HP, 1100 Nm, 561 km jarak gerak, dari RM630,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan sebuah lagi SUV elektrik berprestasi tinggi iaitu BMW iX M60 yang kini dipamerkan bertempat di M4NTAP Festival 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti jentera-jentera BMW M Performance yang lain, iX M60 turut menampilkan teknologi canggih bersama prestasi yang menjanjikan pengalaman pemanduan sempurna.

Antara perubahan besar yang ditawarkan pada lencana M60 itu pastinya dari segi kuasa, iX M60 dikuasakan oleh dua motor elektrik M yang menghasilkan 610 HP dan 1,100 Nm dalam mod Sport, atau 533 HP dan 1,015 Nm dalam mod Standard.

 

4

 

Angka itu menjadikan iX M60 antara model EV terpantas dalam portfolio premium BMW, disumbang oleh ciri aerodinamik yang optimum dengan pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.26.

iX M60 mampu mencapai kelajuan dari 0-100 kmj dalam masa 3.8 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj yang dihadkan secara elektronik.

Hadir sebagai EV prestasi, ia turut dilengkapi pek bateri berkapasiti 106.3 kWh, yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 561 km (WLTP).

 

3

 

Dari segi pengecasan, iX M60 mampu menyokong pengecasan pantas DC sehingga 195 kW, yang membolehkan pengecasan dari 0-80 peratus dalam masa 35 minit sahaja.

Ia turut menyokong pengecasan AC 22 kW, yang membolehkan pengecasan dari 0-100 peratus di bawah 5.5 jam sahaja.

Pada rekaan luaran, ia masih mengekalkan rupa yang hampir sama dengan varian permulaannya, di mana terdapat beberapa perbezaan seperti pengunaan rim Aero dwi-warna 1023 bersaiz 22 inci bersama kemasan 3D gangsa titanium.

 

2

 

Bahagian dalaman juga dilengkapi BMW Live Cockpit Professional, bersama skrin paparan instrumen melekuk bersaiz 12.3 inci dan skrin paparan sentral 14.9 inci.

Untuk pasaran Malaysia, iX M60 ditawarkan dengan pilihan warna Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, dan Blue Ridge Mountain Metallic.

Dua warna istimewa juga ditawarkan, iaitu Individual Storm Bay Metallic dan Aventurine Red Metallic.

 

4

 

Ruang dalaman pula ditawarkan dengan pilihan Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Hitam, ataupun Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea.

BMW iX M60 didatangkan dengan Pengalaman Pemilikan Premium yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri BMW untuk 8 Tahun / 160,000 km
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…