Mercedes-Benz S 680 Guard jamin keselamatan YB kesayangan anda - harga RM2.3 juta SAHAJA

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjamin keselamatan orang kenamaan, terutama ahli politik yang tidak henti-henti menimbulkan isu, Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan model kereta kalis peluru S-Class yang digelar sebagai S 680 Guard 4MATIC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz S 680 Guard 4MATIC menawarkan sistem perlindungan terintegrasi (iSS) yang menampilkan kulit luar aluminium, sel perlindungan, penggunaan kaca berlapis yang menawarkan tahap keselamatan VR10 daripada serangan peluru raifal, serta lapisan polikarbonat bagi melindungi penumpang daripada serpihan kaca.
 

S 680 Guard


Ia bukanlah sekadar spesifikasi di atas kertas, ini kerana Mercedes menguji sendiri keberkesanan sistem perlindugnan ini di Beschussamt Ulm, sebuah badan pengujian dan persijilan teknologi senjata, peluru dan keselamatan di Jerman.

S 680 Guard bukan sahaja mampu bertahan di bawah serangan peluru raifal, ia juga menawarkan perlindungan bahan letupan VPAM ERV (Explosive Resistant Vehicles) membolehkan sedan ini mencapai skor tertinggi pada aspek perlindungan di bahagian bumbung, lantai, dan sisi kereta.
 

S 680 Guard


Disebabkan pemasangan kerangka dan tingkap yang diperkukuh, pintu berperisai itu adalah lebih berat jika dibandingkan dengan pintu model S-Class standard.

Jadi Mercedes melengkapkan sistem elektro-mekanikal untuk memudahkan urusan membuka dan menutup pintu, manakala tingkap pula didatangkan dengan sistem sandaran yang diaktifkan menggunakan bantuan hidraulik untuk memastikan tingkap boleh ditutup kembali sekiranya kuasa daripada sistem utama tidak mencukupi.

Tayar jenis run-flat Michelin PAX dilengkapkan sebagai ciri standard.

Cukup? Belum lagi.
 

S 680 Guard


S 680 Guard ini juga turut mempunyai sistem pemadam api dengan fungsi pemicu automatik dan sistem aliran udara segar kecemasan untuk melindungi penumpang daripada serangan asap dan gas.

Terdapat juga opsyen untuk pemasangan sistem siren, lampu kecemasan, sistem radio dan sistem penggera panik.
 

S 680 Guard


Untuk memastikan sedan kalis peluru ini mudah untuk bergerak, Mercedes-Benz mendatangkan enjin V12 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 612 hp dan 830 Nm, di mana enjin ini menampilkan crankcase aluminium sepenuhnya, sistem pacuan rantai one-piece, aci engkol tempa, omboh tempa dan sistem pencucuhan berbilang percikan dengan 12 unit gegelung pencucuh berkembar.

Harga jualan untuk sebuah Mercedes-Benz S 680 Guard 4MATIC tidak mahal, ahli politik mampu mendapatkannya pada harga €457,100 (RM2,268,655) sahaja.