Inkas Sentry Civilian - kereta perisai spesifikasi UTK untuk orang awam

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan beberapa konsep modifikasi ke arah kenderaan berperisai versi ringkas seperti Skoda Superb, dan Volvo XC90 sehinggalah kepada kenderaan yang lebih berat seperti Arquus Scarabee dan Karlmann King.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kali ini, kami bawakan kepada anda sebuah lagi kenderaan berperisai yang dihasilkan untuk kegunaan orang awam, dengan penampilan ala-ala unit SWAT (Special Weapon and Attact) atau Unit Tindakan Khas di Malaysia. 

Inkas Sentry Civilian dihasilkan oleh syarikat Inkas yang memiliki kepakaran menghasilkan kenderaan berperisai dan ia dibina berdasarkan unit Ford F-550. 

 


Dari segi luaran, anda tidak akan menyangka ia sebuah Ford F-550 oleh kerana kehadiran komponen perisai yang diperkukuh, serta dilengkapi dengan sistem suspensi dan brek tugas berat.

Setiap komponen luaran dibina dengan satu tujuan - perlindungan yang menyeluruh terdiri daripada perisai tahap BR6, kaca kalis peluru, engsel pintu yang diperkukuh, serta perlindungan tambahan terhadap sistem bateri dan ECU!
 


Untuk memastikan anda bergerak dengan lancar di dalam sebuah kotak kalis peluru ini, Inkas menggunakan enjin 6.7 liter turbodiesel yang mampu menjana 330 kuasa kuda yang memacu semua roda menerusi transmisi automati enam nisbah kelajuan. 

Manakala ruang dalaman pula didatangkan dengan upholsteri serba mewah, termasuklah sistem infotainmen untuk kegunaan penumpang turut disertakan dengan sokongan integrasi kepada Apple, Amazon dan juga bantuan suara Google.  
 


Harus diingatkan, kesemua penerangan di atas hanyalah satu bentuk perlindungan asas, dan anda perlu membayar lebih untuk perlindungan tambahan seperti sistem kamera 360 darjah dengan sokongan storan awan, sistem penglihatan malam, dan perlindungan terhadap bahan kimia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Dartz, warna jingga yang digunakan ialah warna bertuah yang akan membawa kekayaan dan…
Berita Domestik
  “Setakat ini, tender antarabangsa yang dibuka itu akan mengambil alih fungsi kereta perisai lama…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-…