BMW Group Malaysia, Seong Hoe Premium Motors bekalkan 6 unit 740Le xDrive M Sport untuk Festival Filem Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
Pada acara Festival Filem Malaysia ke-32 yang diadakan di Melaka baru-baru ini, BMW Group Malaysia bersama Seong Hoe Premium Motors telah membekalkan 6 unit BMW 740Le xDrive M Sport kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai kenderaan rasmi untuk acara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lima calon terbaik bagi setiap kategori telah disambut dengan khidmat pemandu dalam sedan hibrid dari portfolio BMW 7 Series ini, membekalkan mereka pengalaman jentera mewah elektrifikasi yang eksklusif.

 

740Le

 

Pada peringkat global, BMW bukanlah suatu jenama yang asing dalam industri dunia perfileman selama 80 tahun. Pengeluar jenama premium ini tidak lekang menyokong industri kreatif di seluruh dunia.

Pada peringkat tempatan, BMW Shorties oleh BMW Group Malaysia telah menjadi acara penting dalam menggalakkan serta mendukung kreativiti golongan pembikin filem dan juga konten digital tempatan sejak 16 tahun yang lalu.

 

740Le

 

BMW Shorties telah menerima lebih 1,000 penyertaan bagi pertandingan filem pendek tahunannya bermula dari tahun 2006 dan banyak antaranya telah ditayangkan di festival-festival filem antarabangsa yang berprestij seperti Cannes, New York, Rotterdam, Oberhausen, Rome, Clermont-Ferrand dan banyak lagi.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…