BMW Group Malaysia dan Gentari bekerjasama menerajui mobiliti hijau dan tenaga boleh diperbaharui

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gentari Green Mobility Sdn Bhd, anak syarikat kepada Gentari Sdn Bhd dan BMW Group Malaysia baru-baru ini telah menandatangani MoU untuk meneroka pelaksanaan perkhidmatan dan solusi mobiliti hijau, di samping pengerahan tenaga boleh diperbaharui.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti kebanyakan jenama dan syarikat penyedia tenaga bersih yang lain, Gentari dan BMW kini sedang rancak untuk meneroka pelbagai peluang kolaborasi seperti pemasangan infrastruktur pengecasan EV di pelbagai fasiliti, termasuk jaringan wakil pengedar BMW.

Kolaborasi itu turut memfokuskan pelbagai penyelesaian untuk EV di pasaran Malaysia, serta perkhidmatan tambahan bagi pemilik EV BMW seperti:

  • Pelan langganan pengecasan EV
  • Ruang persinggahan EV (electric forecourts)
  • Kemudahan pengecasan mudah alih
  • Infrastruktur tenaga boleh diperbaharui

Semenjak diperkenalkan pada bulan Jun 2022, Gentari telah giat meluaskan rangkaian mobiliti hijaunya, di mana Gentari melalui rakan kongsinya telah menyediakan lebih daripada 160 titik pengecasan di Malaysia dan lebih daripada 170 titik pengecasan di India.

Gentari menyasarkan untuk menguasai lebih 10% dalam syer pasaran titik pengesan serta penawaran ‘Kenderaan sebagai Servis’ (VaaS), merentasi pasaran-pasaran utama di Asia Pasifik.

BMW Group Malaysia juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam jaringannya setakat ini.

Akses ke atas lebih 400 daripada fasiliti ini disediakan menerusi kerjasama dengan ChargEV dan Yinson Greentech.

Manakala kerjasama dengan JomCharge menyediakan akses kepada lebih 100 buah fasiliti pengecasan, Gentari dengan lebih 150 buah fasiliti serta sekitar 160 buah fasiliti daripada rakan-rakan baharu seperti Shell Recharge dengan ParkEasy, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking.

Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…