BMW Group Financial Services Malaysia raikan kejayaan di Malam Apresiasi 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Financial Services Malaysia baru-baru ini telah mengadakan acara malam apresiasi bagi meraikan sumbangan dan sokongan dalam mencapai pelbagai kejayaan sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Acara malam apresiasi itu telah disertai oleh 200 tetamu kehormat yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan korporat utama, rakan-rakan perniagaan dan rangkaian pengedarannya.

 

2

 

Selaras dengan sambutan kecemerlangan BMW Group Malaysia dalam arena Mobiliti Berelektrik, acara malam itu turut dipamerkan dengan model EV BMW ix, BMW i7 dan model EV MINI.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia, Matthias Schlesiger berkata, “Biarpun berhadapan dengan cabaran pandemik sejak tiga empat tahun yang lalu, kami berjaya mara ke hadapan dengan hasil sokongan dan sumbangan para pelanggan serta rakan-rakan organisasi kami.”

 

3

 

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan korporat dan juga rakan- rakan perniagaan kami atas usaha kolaboratif mereka, dan kami berharap hubungan ini akan terus mekar sambil kita menginjak ke hadapan."

"Kami juga ingin menunjukkan penghargaan kepada rakan-rakan pengedar kami atas dedikasi mereka dalam memastikan jenama kita terus menjadi pilihan No. 1 dalam segmen automotif premium."

 

4

 

"Sambil kita bergegas untuk menjadi jenama automotif paling lestari menjelang tahun 2050, dengan Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif untuk BMW Group,"

"harapan kami adalah untuk terus menggiatkan usaha sama dengan para pemegang tara kami bagi memastikan kita dapat menawarkan solusi-solusi lestari yang mampu berpucuk daripada seluruh perniagaan kami.”

 

5

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model yang digunakan ialah BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport, yang…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata kejayaan BMW dalam segmen premium tidak…
Berita Domestik
Hadir dengan tema baharu untuk tahun ke-18, BMW Shorties bertujuan untuk mencabar pencipta…