BMW Group AG lantik Hans de Visser sebagai Pengarah Urusan, CEO baharu BMW Group Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group AG baru-baru ini melantik Hans de Visser sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawak Eksekutif BMW Group Malaysia berkuat kuasa 1 Mei 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

De Visser akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Harald Hoelzl yang akan memangku jawatan baharu di BMW Group AG.

De Visser mempunyai pengalaman lebih 29 tahun di dalam Kumpulan BMW, bermula sebagai Pengurus Komunikasi Pemasaran di BMW Motorrad, serta peranan yang berbeza di dalam bidang jualan dan pemasaran di pasaran Timur Tengah, Eropah Timur-Tengah, Sepanyol sebelum memegang jawatan selaku Pengarah Pemasaran di BMW Russia.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di Malaysia, Harald Hoelzl menerajui BMW Group Malaysia sehingga berjaya mencapai semula kedudukan nombor satu dengan pegangan pasaran melebihi 52 peratus.

Selain daripada itu, BMW Group Malaysia juga turut mencatat pencapaian terbaik di dalam Net Promoter Scoring (NPS) bagi perihal kepuasan pelanggan dengan 90 peratus pengguna memberikan maklum balas positif terhadap jenama BMW dan MINI untuk tahun 2020.

Hoelzl juga berjaya menerajui BMW Group Malaysia untuk menjadi pembekal mobiliti berelektrik nombor satu, serta pemasang automotif keluaran tempatan nombor satu di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…