BMW bangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, masa depan dunia kini tertumpu kepada trenkuasa elektrik dan tidak menghairankan apabila sesetengah daripada pengeluar mula menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan terkini daripada Auto Motor und Sport, BMW tidak merancang untuk mengambil langkah yang serupa.

Pengarah Pembangunan BMW Frank Weber menjelaskan, syarikat Jerman itu kini sedang berusaha membangunkan generasi baharu enjin pembakaran dalaman yang merangkumi enjin petrol dan diesel, konfigurasi enjin enam dan lapan silinder, serta kadar penjimatan bahan api yang jauh lebih baik.

Ini kerana menurut beliau, tidak banyak negara yang bersedia untuk mencapai elektrifikasi penuh menjelang 2030, jadi peranan enjin pembakaran dalaman masih lagi diperlukan di negara-negara tersebut.

Dalam pada itu, barisan enjin sedia ada akan terus dipertingkatkan bagi mencapai regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat.

Sumber: Auto Motor und Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…