BMW akhiri pengeluaran enjin pembakaran dalaman di kilang Munich

oleh Mohamad Hanif|
Produksi enjin pembakaran dalaman (ICE) BMW di kilang Munich, Jerman telah ditamatkan secara rasmi pada bulan ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana enjin tersebut akhirnya keluar dari barisan produksi pada 10 November yang lalu.

Dengan berakhirnya pengeluaran enjin ICE di fasiliti tersebut, ia akan diubah menjadi sebuah kilang pemasangan kenderaan elektrik untuk model-model EV Neue Klasse, termasuklah BMW i3 dan i4.

Produksi enjin BMW masih lagi diteruskan di dua fasiliti pemasangan enjin yang terletak di UK dan Austria.

Sementara 1,200 orang pekerja asal kilang Munich akan menjalani program latihan atau dipindahkan ke fasiliti BMW yang lain.

Buat masa ini, BMW masih lagi tidak mengumumkan tarikh akhir mereka akan menghentikan penghasilan enjin pembakaran dalaman, tidak seperti pesaing-pesaingnya yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Global
Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur…
Berita Domestik
Langkah tersebut didorong oleh bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta…