Selepas 25 tahun dan 3 generasi, Audi TT akhirnya berkubur

oleh Mohamad Hanif|
Setelah hampir 26 tahun dalam produksi merentasi tiga generasi, Audi akhirnya secara rasmi menutup buku model TT (Tourist Trophy).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur keluar dari barisan pengeluaran kilang Gyor di Hungary.
 

audi


Secara keseluruhannya, Audi telah memasang sebanyak 662,762 unit model TT sejak pengeluaran pertama pada 18 Februari 1998 sehinggalah 10 November yang lepas.

Model terakhir Audi TT merupakan sebuah TTS Coupe yang didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo dipadankan dengan sistem pacuan semua roda Quattro.

Keputusan untuk menamatkan penawaran model Audi TT adalah disebabkan oleh penurunan angka jualan terutama di dalam segmen coupe dua pintu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Audi Deutschland (@audi_de)


Besar kemungkinan, Audi TT akan muncul semula satu hari nanti sebagai sebuah kereta elektrik, namun buat masa ini tiada sebarang keputusan rasmi dibuat oleh Audi untuk model tersebut.

Harapnya kelak, Audi tidak tergamak untuk menghidupkan semula TT sebagai sebuah crossover....

Sumber: Instagram Audi Jerman

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi baharu sahaja mengumumkan berita penyertaan bekas pereka Audi dan Seat, Jorge Diez bagi…