BMW 4-Series 2021 kini boleh ditempah, varian 430i Coupé M Sport, bermula dari RM419 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, BMW Group Malaysia telah membuka sesi pra-tempahan bagi model baharu 4-Series yang datang dalam varian BMW 430i Coupé M Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penawaran, BMW 430i dikuasakan oleh nadi 2.0 liter turbo yang menghasilkan 258 kuasa kuda dan 400 Nm yang dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport automatik lapan nisbah kelajuan.

 


Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 5.8 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.

Model baharu ini boleh ditempah menerusi platform BMW Shop Online bermula sekarang sehingga 18 Mac 2021 dengan yuran tempahan RM1,000 sahaja.

 


Harga jualan untuk BMW 430i Coupé M Sport bermula dari RM418,800.00 manakala model dengan penawaran Innovation Package pula boleh didapati pada harga RM454,800.00.

Spesifikasi lanjut akan didedahkan oleh BMW Malaysia menjelang pelancaran rasminya kelak.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…