BMW 1 Series baharu dalam fasa ujian terakhir, ini atau A-Class?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ada yang risaukan persaingan Proton dan Perodua? Usah bimbang kerana persaingan ini turut berlaku di antara jenama global.

Misalnya Toyota dengan Honda atau lebih sengit ialah di antara BMW dan Mercedes-Benz.

Kedua-dua jenama Jerman tersebut mempunyai model saingan dalam segmen sama. Contoh klasik ialah C-Class lawan 3 Series, E-Class lawan 5 Series, S-Class lawan 7 Series.

Saingan segmen tersebut dibawa pula ke pasaran SUV dengan produk yang tidak kurang hebatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BMW 1 Series

 

Satu lagi segmen yang sedang membara ialah kereta bandar atau bersaiz kecil. Di jalanan tempatan sekarang, model A-Class lebih banyak mendominasi jalan raya berbanding 1 Series.

Persaingan dalam segmen ini benar-benar hebat apabila Mercedes-Benz melancarkan pelbagai model baharu seperti A-Class sedan dan CLA Coupé.

Dominasi tersebut tidak bermakna BMW duduk perhati sahaja. BMW kini sedang mempersiapkan generasi ketiga 1 Series yang sekarang memasuki fasa terakhir ujian.

Jarang benar sesebuah pengeluar berkongsi model dengan imej penyamaran tetapi BMW selamba sahaja membekalkan gambar dan perkembangan 1 Series yang sekarang ini berada di pusat ujian BMW di Miramas, Selatan Perancis.

 

BMW 1 Series

 

Menurut BMW, model 1 Series sedang menjalani ujian pemanduan dan pengendalian. Satu yang menarik ialah ujian ini begitu penting buat BMW kerana buat kali pertama 1 Series bakal dipacu oleh roda depan (FWD).

Iya, tiada lagi pacuan roda belakang (RWD) seperti dua generasi hatchback sebelum ini.

Menurut BMW lagi, 1 Series baharu ini akan menetapkan standard baharu dalam kelas kompak premium untuk dinamika pemanduan. Selain pacuan FWD, 1 Series baharu juga bakal menggunakan pacuan xDrive kesemua roda.

Penukaran pacuan daripada belakang ke bahagian depan adalah tugas serius buat BMW bila mana 1 Series akan menggunakan teknologi ARB daripada BMW i3.

 

BMW 1 Series

 

Teknologi actuator contiguous wheel slip limitation tersebut yang merupakan kelengkapan standard untuk 1 Series berupaya memberikan kawalan cengkaman lebih baik dengan kawalan lebih sensitif dan pantas. 

Satu lagi perkara baharu ialah nadi kuasa. 1 Series akan menggunakan enjin baharu empat silinder menggantikan enjin tiga silinder yang digunakan pada generasi sekarang.

Varian M135i xDrive dilengkapi enjin empat silinder TwinPower Turbo dengan output 306 hp dan merupakan enjn 2.0 liter paling berkuasa dalam Kumpulan BMW.

BMW 1 Series juga mempunyai interior lebih besar terutama sekali pada bahagian kerusi belakang. Ini disumbangkan oleh pacuan roda depan dan bentangan enjin melintang selain daripada lorong tengah (centre tunnel) lebih rendah.

 

BMW 1 Series

 

Keputusan tersebut membolehkan kelegaan kaki penumpang belakang ditingkatkan kepada 33 milimeter manakala kelegaan kepada bertambah 19 milimeter.

Akses kepada ruang simpanan belakang juga lebih mudah dengan kapasiti barangan meningkat 20 liter kepada 380 liter.

Kesemua ini bermakna pelanggan dapat memiliki sebuah kereta dengan dinamika terkenal BMW tanpa mengorbankan praktikaliti.

Harganya ialah tiada lagi pacuan roda belakang dan enjin bentangan menegak. Menarik untuk menunggu respon model ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…