Menurut sumber yang rapat dengan syarikat itu, Lesli Ng mula bertugas di BHPetrol bermula hari ini. Beliau menggantikan Azizul Azily yang menjadi CEO sementara sehingga 31 Mac 2020.
Leslie sebelum ini pernah bertugas di Shell Malaysia selama 20 tahun dan tugasan terakhir beliau di syarikat petroleum itu ialah sebagai Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura.
Beliau memang tidak asing lagi di dalam industri pemasaran pelincir kenderaan dan pengalaman beliau pastinya mampu membantu BHPetrol untuk maju ke hadapan lagi.
Tahniah Leslie dan BHPetrol!