BHPetrol tawar 500,000 baucar Go Shop bernilai RM10 juta kepada pelanggan!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar dan pemasar produk BHPetrol di negara ini, Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) dengan kerjasama Go Shop Malaysia menawarkan lebih 500,000 baucar Go Shop bernilai RM10 juta untuk pengguna setia mereka.

Untuk makluman, pengguna layak mendapatkan sekeping baucar tersebut dengan berbelanja minima sebanyak RM30 dalam satu transaksi bermula esok (8 Februari) hingga 18 Februari 2018.

Baucar Go Shop bernilai RM20 setiap satu itu boleh diperoleh di stesen minyak BHPetrol yang lengkap dengan fasiliti kedai serbaneka BHPetroMart sahaja.

Pelanggan boleh menggunakan baucar berkenaan untuk membayar minyak atau membeli barangan (kecuali  Touch n’ Go, servis e-Pay dan produk tembakau) di BHPetroMart.

Pengurus Pemasaran Kanan (Peruncitan) BHPetrol, Baba Tan berkata, baucar tersebut boleh ditebus menerusi laman web atau aplikasi telefon pintar Go Shop dengan menaip kod promosi yang tertera di bahagian belakang.

"Harus diketahui, baucar itu sah untuk digunakan sehingga 31 Mac depan.

"Tidak hanya itu, kita (BHPetrol dan Go Shop Malaysia) turut menawarkan baucar RM1,000 setiap satu untuk dimenangi 10 pelanggan bertuah yang berjaya menebus baucar RM20 tersebut sementara 43 lain (pengguna) berpeluang untuk memenangi produk bernilai RM10,000 dari Go Shop," katanya pada majlis pengumuman perkara tersebut semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Go Shop Malaysia, Jason Chong.

Maklumat lanjut mengenai BHPetrol dan Go Shop boleh didapati dengan melayari laman web rasmi mereka di www.bhpetrol.com.my atau www.goshop.com.my.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Sesiapa yang membeli petrol/diesel atau berbelanja di kedai BHPetromart di stesen BHPetrol…
Berita Domestik
BHPetrol sambut kemerdekaan dengan Peraduan Merdeka Gold Coin   Bersempena menyambut kemerdekaan…