Sesiapa yang membeli petrol/diesel atau berbelanja di kedai BHPetromart di stesen BHPetrol bernilai RM40 minima (tidak termasuk pembelian seperti tepung, minyak masak, gula, rokok, topup Touch n Go dan ePay) layak memasuki pertandingan tersebut.
Cuma lengkapkan borang peraduan dengan menjawab soalan-soalan mudah, lampirkan resit pengisian atau pembelian dan hantarkan ke mana-mana stesen BHPetrol sebelum 15 Oktober 2019.
Hadiah-hadiah yang menanti anda adalah seperti di bawah:-
i. 6 Hadiah Utama
RM62,000 + 62,000 ePoints
ii. 6 Hadiah Istimewa
RM6,200 + 10,000 ePoints
iii. 62 Hadiah Saguhati
RM1,000 + 5,000 ePoints
Jangan lupa, isi di BHPetrol, jadi ahli eCard mereka dan isi borang penyertaan.
Untung sabut, timbul.
Untung batu, tenggelam.
Mana tahu rezeki kita, merdeka kali ini dapat duit poket tambahan dari BHPetrol!