Hakikatnya minyak petrol asas adalah sama sahaja. Eh! Jika semua petrol sama kenapa ada rasa lain pada enjin apabila kita memandu?
Sebelum itu penulis senaraikan dua perbezaan utama yang sering disebut oleh pengguna.
- Enjin dan pemanduan rasa lancar.
- Terasa jimat minyak.

Bagaimana dengan anda? Adakah berkongsi rasa atau pengalaman yang sama?
Jadinya bila ada yang cenderung dengan pengalaman di atas boleh tak kita bersetuju bahawa minyak yang dipam ke dalam tangki kereta atau motosikal itu tak semuanya sama?
Atau ada yang berpendapat semua jenama petrol itu sama?
Penulis: Muhammad Md Tajudin