Syarikat berskala kecil perlu mohon permit khas untuk beli diesel, petrol lebih 20 liter

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto KPDNHEP
Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melayakkan mereka membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.

Keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, "Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

"Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas."

"Hingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna 'forklift', sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan."

Alexander juga berkata, pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal KPDNHEP atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…