Mekanisme subsidi bersasar diputuskan bulan ini, tiga kaedah dipertimbangkan

oleh Mohamad Hanif|
Mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar petrol dan diesel akan diputuskan pada bulan ini sebelum dilaksanakan selepas Mac 2023, menurut laporan Bernama.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan terdapat tiga kaedah yang dipertimbangkan untuk pemberian subsidi bersasar, iaitu:
• kelayakan pendapatan boleh belanja bersih kepada individu menerusi pendekatan perlindungan sosial
• isi rumah melalui pendekatan hibrid iaitu perlindungan sosial dan bantuan sosial
• isi rumah dan individu menggunakan kaedah kad subsidi

Jelasnya lagi, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan.

Tambah laporan itu lagi, sistem PADU hanya akan dibuka pada Januari 2024.

Beliau menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme subsidi bersasar berkenaan di Dewan Rakyat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, ia bertujuan bagi memastikan penyasaran ini benar-benar mencapai objektif yang disasarkan…
Informasi
Beliau berkata para pengusaha yang terbabit boleh mengemukakan tuntutan pertama subsidi diesel pada…
Berita Domestik
Beliau berkata, ia berlaku selepas pengusaha terpaksa membeli bahan api pada harga tinggi namun…