Berbasikal tidak dibenarkan semasa lockdown

oleh HEZERI SAMSURI|
Aktiviti berbasikal nampaknya tidak dibenarkan semasa Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) sekarang ini.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kesemua kegiatan sukan dan riadah tidak dibenarkan , kecuali berlari (jogging) dan bersenam di kawasan perumahan masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semua aktiviti itu pula hanya boleh dilakukan antara jam 7 pagi hingga 8 malam, menurut Twitter KBS hari ini.

Pelitup muka juga tidak diperlukan ketika berlari atau bersenam. 

Senaman pula hanyalah senaman jenis statik dan individu tanpa sebarang sentuhan dengan orang lain. Antara senaman yang dibenarkan ialah regangan, kelenturan, bebanan, larian setempat, lompat tali, lompat bintang dan lain-lain yang bersesuaian.

Kawasan perumahan pula merujuk kepada kawasan perumahan sendiri dan tidak dibenarkan masuk ke taman perumahan yang lain.

Kegiatan e-sport juga dibenarkan tetapi hanya di dalam kediaman masing-masing.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Inisiatif tersebut membolehkan semua golongan peminat sukan permotoran untuk merasai pengalaman…
Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada…