Hannah Yeoh - Peruntukan RM20 juta untuk litar drag di setiap negeri tidak mencukupi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Peruntukan RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar selain keperluan menitikberatkan aspek keselamatan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Belanjawan 2023 juga tidak pernah dibahaskan serta mendapat kelulusan di Parlimen malah tiada input daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai projek berkenaan.

"Bukan sahaja duit, untuk membina litar drag ini melibatkan tanah yang besar dan kena dapatkan persetujuan kerajaan negeri. Dalam keadaan politik semasa yang mana kita ada kerajaan negeri berbeza-beza, bagaimana pengumuman itu boleh dibuat dan ada jangkaan untuk 'rollout'...tak mungkin," katanya.

Beliau berkata aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar.

Hannah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Meskipun demikian, Hannah berkata KBS akan memastikan sukan permotoran diberi perhatian dan pada tahun ini, terdapat peruntukan untuk program permotoran yang akan diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Litar Antarabangsa Sepang juga menerima peruntukan bagi membuat program dan penambahbaikan.

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau yang kesal dengan keputusan tersebut berkata, litar drag juga mampu menjadi platform terbaik…
Informasi
  Mokhzani berkata, “saya haraplah janji itu dapat ditunaikan supaya kita ada satu trek di sebelah…