KBS umum 'Tiket Rahmah' untuk PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2023, serendah RM49.90

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan inisiatif 'Tiket Rahmah untuk PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2023 bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman perlumbaan MotoGP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif tersebut membolehkan semua golongan peminat sukan permotoran untuk merasai pengalaman perlumbaan MotoGP, melalui pengenalan ‘Tiket Rahmah’ untuk K2 Hillstand berharga RM49.90.

Selain pemandangan panoramik perlumbaan itu, pemegang ‘Tiket Rahmah’ juga akan mempunyai akses kepada makanan dan minuman berharga rendah untuk pengalaman keseluruhan selaras dengan objektif inisiatif.

 

2

 

Kementerian Belia dan Sukan juga melihat perlumbaan permotoran sebagai platform untuk pemerkasaan golongan belia.

Di mana acara seperti PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2023 memiliki potensi untuk memberi inspirasi kepada generasi muda mempelajari kemahiran yang diperlukan bagi memperoleh kejayaan dalam sukan itu.

Bertemakan #kasigegar, acara tahun ini bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu perlumbaan dengan jadual padat untuk pelbagai aktiviti.

 

3

 

Menariknya, SIC bakal menyediakan 3 unit Yamaha R25 edisi terhad yang dinaik taraf oleh Racing Boy (RCB) sebagai sebahagian daripada Cabutan Bertuah Mega MotoGP™, serta jualan topi keledar SIC x KYT Edisi Terhad direka eksklusif untuk MotoGP™ Malaysia.

Selain itu, pengenalan chatbot AI generatif MotoGP™ Malaysia, dibangunkan oleh Axrail.AI dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS), menawarkan perjalanan pengguna yang tiada tandingan.

Ia menyediakan kemudahan seperti menyokong pelbagai bahasa, perkhidmatan lokasi tepat, dan memudahkan proses prapesanan makanan dan pencarian barangan eksklusif.

 

4

 

Para peminat sukan permotoran juga berpeluang untuk menyaksikan wira tempatan, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok untuk beraksi bersama pasukan MT Helmets-MSi dalam kelas Moto3™.

Empat lagi pelumba tempatan, iaitu Farres Putra, Farish Hafiy, Ahmad Darwisy dan Adi Putra juga akan bersaing dalam pusingan 5 Idemitsu Asian Talent Cup pada hujung mingau tersebut.

PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2023 akan berlangsung dari 10-12 November di SIC, di mana  tiket boleh dibeli di laman web Sepang International Circuit.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Berita Domestik
“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai…
Sukan Bermotor
  Sepanjang kariernya bergelar pelumba, Azlan, 35, melihat sukan permotoran terutamanya dua roda…