Bentley Flying Spur Styling Specification - bila mewah bertemu sporti

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga Bentley Flying Spur telah pun diperkenalkan pada Jun tahun lalu, dan untuk penawaran tahun 2020, Bentley mahu menyuntik sedikit elemen sporti terhadap sedan mewah bersaiz penuh itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama kit badan yang ditawarkan ini tidak langsung memiliki elemen sporti - Styling Specification - namun ia sebenarnya merupakan kit badan yang boleh ditempah daripada kilang Bentley itu sendiri.

Styling Specification menawarkan komponen yang diperbuat daripada gentian karbon, terdiri daripada lip spoiler hadapan, skirt sisi, diffuser belakang dan tidak ketinggalan spoiler decklid yang kecil bertenggek di bahagian belakang.

 


Kesemua konponen gentian karbon ini menampilkan rekaan twill 2x2 dan telah diberikan kemasan akhir berkilat (high-gloss).

Menurut Bentley, setiap satu komponen yang dihasilkan ini telah pun diuji bukan sahaja dari segi kualiti, bahkan ia juga tudak mengganggu aspek aerodinamik sedan Flying Spur ini di atas jalan raya.

 


Ini kerana Bentley tidak mahu penambahan kit badan ini menjejaskan statusnya sebagai sebuah sedan empat pintu paling pantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 333 km/j.

Harga jualan kit badan Styling Specification tidak didedahkan secara rasmi, namun jika anda berkemampuan untuk menempah sebuah Flying Spur, sudah pasti tidak menjadi satu masalah untuk menambah opsyen Styling Specification ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, jika anda ada sebuah sedan Bentley Flying Spur, anda boleh mendapatkan kepakaran…
Berita Global
Menurut hantaran dari FB Bureau of Customs PH, kesemua 21 unit kenderaan yang dirampas itu…
Informasi
  Komponen enjin 4.0 liter V8 Bentley terdiri dari acuan blok enjin yang diperbuat dari aluminium…