Decadence - ute daripada sedan Bentley Flying Spur!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda seorang yang mementingkan praktikaliti, sudah pasti anda akan membeli sebuah trak pikap yang amat sesuai untuk digunakan setiap hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Akan tetapi, jika anda ada sebuah sedan Bentley Flying Spur, anda boleh mendapatkan kepakaran daripada syarikat DC Customs untuk mengubahnya menjadi sebuah trak pikap ute!

Berdasarkan laman Instagram DC Customs, kerja-kerja mengubah sedan kepada trak ute itu telah pun bermula sejak Januari 2020 lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DC Customs (@dccustoms_uk)


Daripada sebuah sedan mewah yang biasa kita lihat, pihak DC Customs kemudian memotong seksyen belakang bumbung (serta tiang C) sebelum menjadikannya sebagai sebuah pikap ute.

Malah, bahagian suspensi belakang turut direndahkan sebanyak dua inci untuk memberikan laluan kepada pemasangan bed di bahagian tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DC Customs (@dccustoms_uk)


Ruang bed belakang dikemaskan dengan bahan kayu, dan anda boleh memuatkan barangan kecil pada kabinet yang terpasang pada kedua-dua bahagian dinding kiri dan kanan.

Selain itu, pihak DC Customs juga turut mendatangkan beberapa kit badan unik seperti bampar hadapan, liang kemasukan udara yang direka semula, serta cat baharu dua tona ungu dan perak.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DC Customs (@dccustoms_uk)


Menurut pihak pembangun, pikap ute yang dinamakan sebagai Decadence ini bukanlah bertujuan untuk menyertai mana-mana autoshow, sebaliknya ia akan digunakan setiap hari oleh pemiliknya.