Bentley Bentayga edisi khas Businessman dan Sportsman - hadir dengan papan catur Mulliner percuma!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah meraikan rekod terpantas di Pikes Peak dan pengenalan model konsep EXP 100 GT, sambutan 100 tahun Bentley masih diteruskan dengan pengenalan dua buah Bentayga edisi khas. 

Digelar sebagai Bentley Bentayga Businessman dan Sportsman, kedua-dua SUV edisi khas ini masing-masing dibina oleh divisyen Mulliner dan Huntsman. 
 


Bentayga Sportsman didatangkan dengan layangan warna Candy Red, manakala ruang dalaman pula menampilkan penggunaan kulit Imperial Blue yang diselangi dengan veneer Liquid Amber. 

Tidak seperti Sportsman, Bentayga Businessman pula hadir dengan warna hitam Anthacite dan Anthracite Satin, selain membawakan elemen gentian karbon. 

Kemasan tweed - sejenis kain berbulu dengan permukaan kasar juga boleh didapati pada kedua-dua versi Bentayga ini (dengan pemilihan corak yang berbeza), dan diakhiri dengan penampilan logo Huntsman dan Jack Barclay pada tempat duduk. 
 


Bentayga Businessman juga didatangkan dengan papan catur berkualiti tinggi dari Mulliner pada perehat tangan, manakala terdapat laci khas dengan fabrik Huntsman bagi menyimpan setiap kepingan catur. 

Jadi, sambil membincangkan perniagaan bernilai berjuta-juta dollar dengan rakan kongsi, boleh anda luangkan masa bermain catur di belakang. Bergaya gitu. 

 


Setiap pembelian Bentayga Huntsman akan menerima jaket berkualiti tinggi dari Huntsman yang dibuat khas untuk Bentley. 

Dan bagi mereka yang mahu mendapatkan kedua-dua edisi khas ini, ia hanya boleh didapati di Jack Barclay - pengedar Bentley tertua di dunia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…