Bengkel tawar baiki kereta terjejas banjir secara percuma

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Sebuah bengkel kereta DRS Auto di daerah Kluang menawarkan perkhidmatan membaik pulih kereta yang terjejas banjir secara percuma, bagi membantu mangsa yang terkesan bencana itu.


Pemiliknya, Mohammad Naim Yacob, 38, berkata, beliau mengambil inisiatif itu, kerana memahami beban mangsa yang terpaksa menanggung kerugian akibat musnah harta benda dan sebagainya, akibat bencana itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku.

 

"Saya nak bantu mana-mana kereta yang terkesan akibat banjir, saya akan membantu secara percuma dan semampu yang saya boleh buat, yang penting sampai kereta boleh dihidupkan dan pemilik boleh guna.

 

"Kalau boleh mana-mana kereta yang dah tenggelam banjir, saya harap jangan hidupkan dulu, telefon saya dan saya akan datang ke tempat mangsa dan baiki sehingga enjin dia hidup semula,” katanya ketika ditemui di bengkelnya, pada Jumaat.

 

Bapa kepada tiga orang anak itu, kini telah menerima sebanyak tiga kereta yang dimasuki air banjir.

 

"Saya anggarkan boleh baiki anggaran 10 kereta satu hari, bergantung pada masa dan jenis kerosakan.

 

"Antara perkhidmatan yang kita boleh buat pada kereta yang dah kena banjir ni kita cuci dan ganti minyak hitam, tembak angin untuk keluarkan minyak dan ganti penapis angin,” katanya yang mana kos sebenar menelan kira-kira RM200.

 

Dia yang telah mempunyai bengkel kereta selama 15 tahun itu juga, bercadang mengajak beberapa teman lain yang mempunyai bengkel atau kemahiran membaiki untuk turut serta ke Chaah, Segamat, memandangkan kawasan itu terjejas teruk.

 

"Dari segi pengangkutan, kita takkan kenakan apa-apa. Seikhlas hati dan percuma,” katanya.

 

Sebelum ini, tular mesej Whatsapp Mohammad Naim yang menawarkan perkhidmatan percuma itu kepada warga Kluang yang terjejas banjir.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…
Berita Domestik
  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu…
Berita Domestik
  "Pihak kami telah menerima aduan daripada seorang lelaki secara rasmi yang lengkap dengan bukti…