6 kereta musnah terbakar akibat pembakaran terbuka

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Enam buah kereta yang diletakkan di kawasan luar sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Taman Desa Babahanan, di Limbang musnah terbakar disebabkan oleh pembakaran terbuka longgokan kayu berhampirannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.54 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah Suzuki Vitara terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berpunca daripada pembakaran longgokan kayu yang dilakukan pada jarak 13 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula, pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Bagaimanapun, katanya kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30 petang itu telah dimaklumkan oleh orang awam kepada polis…
Berita Domestik
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Che Mohamad Azwan Che…