Pemilik bengkel dikompaun kerana tidak pamer harga

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Sebuah bengkel yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menjual alat ganti kenderaan di Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, dikompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan pada Isnin selepas gagal mempamerkan tanda harga.


KPDNHEP Kelantan dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kegagalan mempamerkan harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan itu bercanggah dengan peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Pihak kami telah menerima aduan daripada seorang lelaki secara rasmi yang lengkap dengan bukti pembayaran.

 

"Susulan itu, sepasukan anggota penguat kuasa telah digerakkan ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan," katanya.

 

KPDNHEP Kelantan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati premis berkenaan tidak mempamerkan tanda harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan mengikut peraturan bengkel di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

 

Katanya, tindakan segera ini bertujuan memberikan pengajaran kepada semua pihak supaya kekal patuh kepada peraturan sedia ada.

 

KPDNHEP Kelantan turut mengingatkan peniaga supaya tidak memanipulasi perniagaan serta mengambil kesempatan kepada pengguna.

 

"Kami amat mengalu-alukan pengguna untuk membuat laporan sekiranya berlaku penindasan ke atas mereka.

 

"Nasihat kami, supaya mengemukakan bukti sebagai rujukan semasa membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP Kelantan," katanya.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang…
Berita Domestik
  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu…
Berita Domestik
Isham berkata masalah lumba haran dan rempit bukan hanya terbatas ke negara Malaysia tetapi juga…