Beli Shell Advance dan Menang Ducati Monster 797

oleh Mohamad Hanif|
Shell menawarkan hadiah utama berupa sebuah Ducati Monster 797 yang bernilai RM56,000 bagi peraduan Beli dan Menang Pengguna Shell Advance.

Peraduan yang bermula pada 1 April sehingga 31 Mei 2018 turut menawarkan hadiah mingguan berupa kaca mata hitam jenama Oakley kepada dua orang pemenang setiap minggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana produk Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dari bengkel berjenama Shell Advance dan bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau melalui Gedung Rasmi online di Lazada dan menjawab satu soalan mudah. 

Penyertaan yang lengkap dengan salinan resit perlu dihantar melalui emel [email protected] atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 018-3791326.

Menurut May Tan, Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, "promosi (beli dan menang) bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para penunggang bijak yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka."
 
“Dengan Shell Advance, anda boleh redah segala yang tidak dapat diduga dan berani mengejar impian anda. Bagi ramai penggemar motosikal dan peminat MotoGP, ianya adalah untuk memiliki sebuah jentera Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya satu realiti,” katanya.

 

 

Menggunakan teknologi PurePlus, minyak enjin Shell Advance Ultra memberikan tahap pembersihan yang lebih baik serta perlindungan yang unggul daripada masalah haus dan kakisan. 

Ini melancarkan proses menghidupkan enjin serta memberikan kuasa yang berterusan setiap masa. 

Kerjasama di antara Ducati dan Shell, tidak kira di dalam litar mahupun jalan raya biasa, kini membolehkan penunggang di seluruh dunia menikmati kehebatan teknologi serta keyakinan untuk meredah apa jua cabaran dan dugaan menerusi jenama Shell Advance. 

Sebagai maklumat tambahan, Ducati memilih produk Shell bukan sahaja untuk kegunaan litar, bahkan setiap model keluaran Ducati menggunakan bahan api Shell sebagai isian kali pertama sebelum keluar dari barisan produksi di Kilang Bologna, Italy. 

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Peraduan Beli dan Menang Pengguna Shell Advance, pengunjung boleh melayari laman web di alamat www.shell.com.my/Advance

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…