Beli Lamborghini guna wang kertas $1 - ada duit banyak tak semestinya mudah!

oleh Mohamad Hanif|
Membeli sebuah kereta sports seperti Lamborghini atau Ferrari sudah semestinya menjadi satu impian buat kita semua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cuma satu masalah sahaja yang timbul, harga yang mampu milik, tapi kita yang masih tidak berkemampuan untuk memilikinya.

Jadi, adakah dengan memiliki wang yang cukup boleh memudahkan urusan kita?

Dalam contoh yang kami paparkan ini, nampaknya memiliki duit sahaja tidak mencukupi untuk anda membeli kereta idaman dengan mudah.
 

Dawson


Seorang Youtuber Dawson dari saluran Youtube BigDawsTV mempunyai impian yang sama - mahu membeli sebuah Lamborghini dan beliau kini mahu mendokumentasikan setiap proses pembelian kereta idaman beliau.

Namun, beliau menggunakan cara yang tidak konvensional - pembayaran secara tunai dengan wang kertas $1 (RM4.18) sebanyak 250,000 keping, atau $250,000 (RM1,046,215) secara keseluruhannya.

Meskipun berduit, proses untuk membeli sebuah kereta sports menggunakan cara tersebut bukanlah mudah.
 

Dawson


Pertama, Dawson terpaksa berulang alik ke bank sebanyak tiga kali disebabkan bank tidak mempunyai peti simpanan yang cukup untuk memuatkan kesemua wang kertas $1.

Kedua, mencari kedai yang mampu menerima transaksi wang tunai $1 sebanyak $250,000 itu.

Dalam cubaan kali pertama, beliau berjaya menemukan sebuah pengedar yang mempunyai kereta Huracan berwarna hijau yang diinginkan, malangnya pengedar tersebut tidak menerima transaksi dalam bentuk tunai.
 

Dawson


Beberapa buah pengedar telah dihubungi, namun kedai tersebut tidak mempunyai unit Lamborghini Huracan berwarna hijau yang diinginkan, jadi Dawson terpaksa beralah dan menggunakan jalan terakhir - menerusi penjual persendirian.

Pada mulanya, penjual tersebut ragu-ragu untuk menerima transaksi tersebut disebabkan jumlah wang kertas $1 yang terlalu banyak, namun akhirnya dia bersetuju untuk menjual Lamborghini Huracan berwarna putih dengan rim yang dinaiktaraf bernilai $220,000 (RM920,590) secara tunai.

 

Sumber: Youtube BigDawsTV

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…