"Had kelayakan penggunaan dana di bawah MARRIS dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau 50 juta ringgit, yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop biasa MARRIS," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan "Teguh Kita, Menang Bersama", di Dewan Rakyat semalam.
Pada Belanjawan 2020, kerajaan memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun menggunakan dana MARRIS sehingga 15 peratus atau RM20 juta (mana lebih rendah).