Belanjawan 2021: 8,000 kakitangan syarikat penerbangan ditawarkan program latihan dan penempatan semula

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan sedar sektor pelancongan terutamanya syarikat penerbangan antara sektor yang paling terkesan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

 

"Kerajaan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen eko-pelancongan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, semalam.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    "Had kelayakan penggunaan dana di bawah MARRIS dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau…
Informasi
  Program itu membabitkan empat perkhidmatan, iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran…